✦ Nota Bahasa Melayu · Kosa Kata
Antonim
Perkataan yang mempunyai makna berlawanan.
Ringkasan Mudah
Apa yang akan dipelajari?
Perkataan yang mempunyai makna berlawanan.
01
Isi Penting
Strategi
- ✓Kenal pasti perkataan sasaran.
- ✓Cari pilihan yang membawa makna berlawanan dalam konteks ayat.
02
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 1
- ✓Hasraf mencurigai apa yang telah dilakukan oleh Amin terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah mempercayai.
- ✓Ramai perajurit yang setia kepada sultan Melaka telah terkorban dalam pertempuran antara tentera Protugis. Perkataan berlawan bagi setia ialah derhaka.
- ✓Ulat beluncas gemar makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut dan hijau. Perkataan berlawan bagi lembut ialah keras.
- ✓Mangsa tsunami itu berasa sedih kerana banyak barangnya telah rosak. Perkataan berlawan bagi sedih ialah sukacita.
- ✓Kakak menyorong kerusi itu kepada Amran. Sementara itu, Yusri sudah terlena daripada tidurnya. Perkataan berlawan bagi menyorong dan terlena ialah menarik. terjaga.
- ✓Pemuda itu telah dilantik sebagai pekerja sementara di Kilang Percetakan Majujaya. Perkataan berlawan bagi sementara ialah kekal.
- ✓Askar-askar berdiri tegak, ketika perbarisan itu diperiksa oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia. Perkataan berlawan bagi tegak ialah bongkok.
- ✓Ayah bercadang untuk mengubah suai ruang dapur yang sempit itu. Perkataan berlawan bagi sempit ialah luas.
- ✓Suri menghayati lagu kegemarannya sambil memejamkan mata. Perkataan berlawan bagi memejamkan ialah mencelikkan.
- ✓Sampan yang bocor itu tenggelam ke dasar sungai. Perkataan berlawan bagi tenggelam ialah timbul.
- ✓Warga emas yang uzur mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perkataan berlawan bagi uzur ialah sihat.
- ✓Rumah Nek Siti sunyi setelah cucu-cucunya pulang. Perkataan berlawan bagi sunyi ialah bising.
- ✓Ibu menasihati adik supaya tidak boros apabila berbelanja. Perkataan berlawan bagi boros ialah jimat.
- ✓Wardina enggan menceritakan masalahnya kepada Salmi. Perkataan berlawan bagi enggan ialah sudi
- ✓Pada zaman dahulu sampan digunakan sebagai pengangkutan utama. Perkataan berlawan bagi dahulu ialah sekarang.
- ✓Sejak berkerja di bandar, abang jarang pulang ke kampong. Perkataan berlawan bagi jarang ialah kerap.
- ✓Ayah menggantikan tali ampaian yang kendur itu dengan yang baru. Perkataan berlawan bagi kendur ialah tegang.
- ✓Syarikat percetakan itu telah ditubuhkan sejak dua puluh tahun yang lalu. Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah dibubarkan.
03
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 2
- ✓Kenangan pahit pada zaman penjajahan Jepun dulu abadi dalam ingatan Tuk Kelana. Perkataan berlawan bagi abadi ialah sementara.
- ✓Wak Seman yang bakhil itu mengalami kerugian apabila gudang berasnya dirompak pada minggu lepas. Perkataan berlawan bagi bakhil ialah pemurah.
- ✓Cikgu Rajesh berasa was-was setelah mendengar keterangan yang telah diberikan oleh Azmi mengenai kehilangan buku perpustakaan itu. Perkataan berlawan bagi was-was ialah yakin.
- ✓Sebagai pekerja yang setia Pak Daud tidak sanggup mengkhianati majikannya. Perkataan berlawan bagi setia ialah curang.
- ✓Said mengajak abangnya berkhemah di Gunung Tebu bersama dengan kawan- kawannya. Perkataan berlawan bagi mengajak ialah menghalau.
- ✓Encik Yazir membatalkan rancangannya untuk membawa murid-muridnya ke bilik komputer kerana kesuntukan masa. Perkataan berlawan bagi kesuntukan ialah kelebihan.
- ✓Pokok bunga itu segar semula selepas disiram air. Perkataan berlawan bagi segar ialah layu.
- ✓Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu. Perkataan berlawan bagi menyokong ialah merobohkan.
- ✓Hanya murid yang bersemangat kental akan dipertimbangkan untuk menyertai program kembara itu. Perkataan berlawan bagi kental ialah lemah.
- ✓Kain itu mahal kerana hasil buatannya sangat halus. Pilih perkataan berlawan bagi halus — Rujukan jawapan: kasar.
- ✓Lampu di dalam bilik itu terpadam secara tiba-tiba. Pilih perkataan berlawan bagi terpadam — Rujukan jawapan: bersinar.
- ✓Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada tahun lepas. Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah dibubarkan.
✓
Nota selesai dibaca
Teruskan ke topik seterusnya
Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.