SmartDidik
Contoh: RPH, Matematik Tahun 6, SPM, PAK21, Biasiswa, AI Pendidikan...
✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa

Imbuhan

Bentuk yang ditambah pada kata dasar untuk menghasilkan kata berimbuhan dan fungsi baharu.

▤ 9 bahagian ✓ 154 isi penting ◷ ± 5 minit
✦
Ringkasan Mudah

Apa yang akan dipelajari?

Bentuk yang ditambah pada kata dasar untuk menghasilkan kata berimbuhan dan fungsi baharu.

01
Isi Penting

Kedudukan

✓
  • ✓Awalan hadir di hadapan kata dasar.
  • ✓Akhiran hadir di belakang kata dasar.
  • ✓Apitan hadir serentak di hadapan dan belakang kata dasar.
  • ✓Penggunaan imbuhan perlu mengikut bentuk baku.
02
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 1

“
  • ✓Dua orang pemuda itu sedang berbual di perhentian teksi.
  • ✓Wong telah mengundang beberapa orang rakannya menghadiri majlis hari lahirnya yang kesepuluh.
  • ✓Abang berasa marah kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya petang tadi.
  • ✓Beberapa kilogram dadah telah dirampas oleh polis dalam serbuan di sebuah rumah banglo di Melaka.
  • ✓Walaupun artis wanita itu mengenakan solekan yang nipis, namun dia tetap menawan.
  • ✓Beberapa orang pekerja sedang giat memperbaik jalan di kampung seberang.
  • ✓Mak Yan sedang menampi padi untuk ditumbuk sebuat dibuat emping.
  • ✓Letusan gunung berapi yang dahsyat itu telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
  • ✓Di sebuah ladang, berlaku satu kekacauan yang membabitkan pekerja-pekerja asing.
  • ✓Gotong-royong adalah satu cara terbaik untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
  • ✓Abang menghadiahi tunangnya sebentuk cincin berlian sebagai tanda kasih.
  • ✓Ayah terpaksa bekerja siang dan malam bagi menampung perbelanjaan kakak di universiti.
  • ✓Model jelita itu sedang menggayakan pakaian daripada batik tempatan.
  • ✓Kerja-kerja pendalaman sungai dilakukan untuk mengatasi masalah banjir kilat.
  • ✓Datuk Azhar Mansur berjaya mengelilingi dunia dengan menaiki kapal layar.
  • ✓Melihat gambar yang bergantungan pada dinding itu membuatkan datuk rasa sebak.
  • ✓Kawasan pedalaman. dibangunkan akan ___________ agar masyarakatnya dapat hidup dengan selesa.
  • ✓Kelihatan bunga sena itu berguguran di halaman rumah datuk.
03
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 2

“
  • ✓Kak Ros bertugas sebagai jururawat di Hospital Muar selama lima tahun.
  • ✓Dua orang angkasawan……menjalani Malaysia terpilih _____________ latihan di pusat angkasa lepas Rusia.
  • ✓Amir jatuh kerana tersepak seketul batu semasa berjoging.
  • ✓Penduduk kampung bergotong-royong mengecat balai raya kampong mereka.
  • ✓Seorang jurulatih luar negara telah dipilih untuk melatih pasukan bola sepak negeri Perak.
  • ✓Encik Tan bergegas pergi ke hospital setelah mengetahui anaknya kemalangan.
  • ✓Dua orang pendaki telah mati semasa cuba menawan puncak Gunung Everest.
  • ✓Penjahat itu telah mati terkena tembakan pihak polis.
  • ✓” siapkan kerja sekolah kamu sebelum keluar bermain, ” kata ayah kepada adik.
  • ✓”Kejayaan kakak dan abang kamu melanjutkan pelajaran ke universiti perlu kamu dicontohi, ” nasihat ibu kepada Nikki.
  • ✓Wang simpanan Haziq sudah cukup untuk membeli motosikal idamannya.
  • ✓”Aku akan membalas dendam atas kematian adikku, ” kata Pendekar Hitam.
  • ✓Walaupun dilahirkan cacat, William tidak pernah berputus asa dan menyalahkan takdir.
  • ✓Kami menghadiahkan sehelai kain songket untuk ayah sempena hari jadinya.
  • ✓Datuk Khalid telah dipilih sebagai usahawan contoh kerana ketokohan beliau dalam bidang perniagaan.
  • ✓Kebanyakan kawasan di pedalaman negeri Sabah hanya boleh dihubung dengan kenderaan pacuan empat roda sahaja.
  • ✓“Kami bercadang hendak menziarahi Fairuz di hospital petang nanti, ” kata murid- murid Empat Bestari.
  • ✓Mahaguru Omar Din sedang melatih anak-anak muridnya bersilat.
04
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 3

“
  • ✓Peneroka Felda Sendayan akan menjadi jutawan segera apabila tanah mereka hendak dibangunkan oleh pihak swasta.
  • ✓Bakat seniman agung P. Ramlee masih belum ada tandingan hingga kini.
  • ✓Suara biduanita Sharifah Aini masih lunak dan merdu seperti dahulu.
  • ✓Shamsiah telah terpilih sebagai olahragawati sekolah untuk tahun ini.
  • ✓Adik menyedut perlahan-perlahan air minuman itu dengan menggunakan straw.
  • ✓Joanne tertidur di dalam kelas kerana keletihan.
  • ✓Pengedar dadah itu telah berjaya diberkas oleh polis.
  • ✓Steven Kok menemani ibunya membeli-belah di Pasar Raya Tesco.
  • ✓Prattap Singh sedang mengukir sebuah patung gajah daripada kayu.
  • ✓Emak menyiang ikan sebelum menggorengnya.
  • ✓Budak nakal itu telah membaling batu ke arah sekawan kambing di tengah padang.
  • ✓Emak menjerang air di atas dapur gas.
  • ✓Datuk mencantas pokok mangga itu dengan sebilah parang.
  • ✓Ayah Yazid menghidap penyakit paru-paru kerana kuat menghisap rokok.
05
Rujukan

Bentuk Baku 1

◎
  • ✓perlancaran → pelancaran
  • ✓mempersalah → mempersalahkan
  • ✓ditandatangan → ditandatangani
  • ✓diharap → diharapkan
  • ✓memperalatkan → memperalat
  • ✓memperkasa → memperkasakan
  • ✓pengtauliahan → pentauliahan
  • ✓pemasifan → pempasifan
  • ✓beserta → berserta
  • ✓mengkongsikan → mengongsikan
  • ✓mengkhaskan → mengekhaskan
  • ✓mengeskru → menskru
  • ✓menyintai → mencintai
  • ✓mensentosakan → menyentosakan
  • ✓mengkagumi → mengagumi
  • ✓mempertemu → mempertemukan
  • ✓mengabarkan → mengkhabarkan
  • ✓peruntukkan → peruntukan
  • ✓merancangkan → merancang
  • ✓memwawas → mewawas
06
Rujukan

Bentuk Baku 2

◎
  • ✓menyakinkan → meyakinkan
  • ✓men-e-melkan → meng-e-melkan
  • ✓memkhutbahkan → mengkhutbahkan
  • ✓mencap → mengecap
  • ✓melarangi → melarang
  • ✓dipersetujui → disetujui
  • ✓pengsuisan → pensuisan
  • ✓mententeramkan → menenteramkan
  • ✓mengemaskini → mengemaskinikan
  • ✓menfrancaiskan → memfrancaiskan
  • ✓berkerjasama → bekerjasama
  • ✓perkorporatan → pengkorporatan
  • ✓mempertingkat → mempertingkatkan
  • ✓mentaksir → menaksir
  • ✓memperakui → memperakukan
  • ✓memperbaiki → memperbaik
  • ✓terpedaya → terperdaya
  • ✓mengsyorkan → mengesyorkan
  • ✓menengahkan → mengetengahkan
  • ✓mensasarkan → menyasarkan
07
Rujukan

Bentuk Baku 3

◎
  • ✓menakrifkan → mentakrifkan
  • ✓mencampuradukan → mencampuradukkan
  • ✓mengembleng → menggembleng
  • ✓kemasukkan → kemasukan
  • ✓menyetrukturkan → menstrukturkan
  • ✓merbahaya → berbahaya
  • ✓melayurkan → melayur
  • ✓menyandat → mencandat
  • ✓penghususan → pengkhususan
  • ✓memengerusikan → mempengerusikan
  • ✓penjarakkan → penjarakan
  • ✓menyintesis → mensintesis
  • ✓pengilap → penggilap
  • ✓mengkomen → mengomen
  • ✓perkomputeran → pengkomputeran
  • ✓memkreditkan → mengkreditkan
  • ✓menkuarantin → mengkuarantin
  • ✓mengucar-kacirkan → mengucar-ngacirkan
  • ✓perlaksanaan → pelaksanaan
  • ✓memwujudkan → mewujudkan
08
Rujukan

Bentuk Baku 4

◎
  • ✓dipermudahkan → dipermudah
  • ✓menggembur → menggemburkan
  • ✓menjana → menjanakan
  • ✓menjulangkan → menjulang
  • ✓perlantikan → perantikan
  • ✓memperuntukan → memperuntukkan
  • ✓mengvarnis → memvarnis
  • ✓mewawancarakan → mewawancara
  • ✓mem -X-ray → meng -X-ray
  • ✓memarodikan → memparodikan
  • ✓memasteur → mempasteur
  • ✓perlarian → pelarian
  • ✓sokongilah → sokonglah
  • ✓memperolehi → memperoleh
  • ✓memspekulasikan → menspekulasikan
  • ✓menarifkan → mentarifkan
  • ✓diperhalusi → dihalusi
  • ✓menerjemah → menterjemah
  • ✓memekonomikan → mengekonomikan
  • ✓menfitnah → memfitnah
09
Rujukan

Bentuk Baku 5

◎
  • ✓menghuatiri → mengkhuatiri
  • ✓menaakuli → menaakul
  • ✓menakhtakan → mentakhtakan
  • ✓memperdalami → memperdalam
  • ✓memperkebun → memperkebuni
  • ✓diperdayakan → diperdaya
  • ✓pengubatan → perubatan
  • ✓kebanyakkan → kebanyakan
  • ✓menyabotaj → mensabotaj
  • ✓mensabitkan → menyabitkan
  • ✓mensifatkan → menyifatkan
  • ✓digalakan → digalakkan
  • ✓memeroses → memproses
  • ✓dipengaruh → dipengaruhi
  • ✓mengestorkan → menstorkan
  • ✓mengoreksi → mengkoreksi
  • ✓mencelurkan → mencelur
  • ✓mengenepikan → mengetepikan
  • ✓mengalakkan → menggalakkan
  • ✓menganiayai → menganiaya
✓
Nota selesai dibaca

Teruskan ke topik seterusnya

Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.