✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa
Kata Arah
Kata yang menunjukkan arah atau kedudukan sesuatu tempat.
Ringkasan Mudah
Apa yang akan dipelajari?
Kata yang menunjukkan arah atau kedudukan sesuatu tempat.
01
Contoh Penggunaan
Contoh
- ✓atas, bawah, hadapan, belakang, tepi, tengah, sisi, penjuru, hujung.
- ✓Kata arah lazimnya hadir selepas kata sendi nama seperti di, ke atau dari.
02
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 1
- ✓Mereka sentiasa berada di sisi ibu yang sedang menjalani rawatan di hospital.
- ✓Siva memacakkan Jalur Gemilang apabila dia berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Ledang.
- ✓Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia.
- ✓Ali duduk di antara Safiee dengan Ah Meng semasa menonton wayang di pawagam.
- ✓Para pesilat dijemput masuk ke tengah gelanggang untuk memulakan pertandingan.
- ✓Razif dan rakan-rakannya telah berjaya mendaki ke puncak Gunung Tahan.
- ✓Budak-budak nakal itu bersembunyi di bawah rumah.
- ✓Kakak Harun belajar di seberang laut.
- ✓Sarimah bersembunyi di belakang pintu supaya tidak dapat dikesan oleh rakan- rakannya.
- ✓Fatimah sentiasa berada di samping datuknya semenjak dia jatuh sakit.
- ✓Seekor burung bertenggek di atas dahan sebatang pokok.
- ✓Golongan yang tidak bertanggungjawab telah melonggokkan sampah sarap sesuka hati di hujung jalan besar itu.
- ✓Pak Samad berteduh di bawah pokok untuk berehat setelah penat bekerja di kebun sayurnya.
- ✓Setelah sampai, mereka meletakkan basikal di luar pagar rumah itu kerana pintu pagar rumah itu berkunci.
- ✓Ayah melarang adik bermain bola di tepi jalan raya yang sibuk itu.
- ✓Nenek sering menasihati kami agar tidak mandi di dalam lombong tinggal itu.
- ✓Para pekerja itu sedang memasang sebatang tiang telefon di tepi jalan raya.
- ✓Orang ramai mula berbaris di hadapan kaunter jualan tiket.
03
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 2
- ✓Nalini mendodoikan adiknya yang sedang merengek di dalam buaian.
- ✓Di tepi longkang itulah Karim menemukan sebuah dompet.
- ✓Seekor kucing ada di atas bumbung rumahnya.
- ✓Susan merendam pakaian yang kotor itu di dalam baldi.
- ✓Kanak-kanak itu duduk di atas riba ibunya.
- ✓Pokok rambutan di tepi rumahnya itu berbuah lebat.
- ✓Arus yang deras menjadi perlahan apabila aliran air tiba di hilir sungai.
- ✓Di antara rumah Hassan ada sebuah taman permainan kanak-kanak.
- ✓Buku yang kamu maksudkan itu terletak di penjuru meja.
- ✓Emak melarang Azim bermain kejar-kejar di dalam rumah.
- ✓Pokok paku pakis untuk hiasan itu diperoleh dari pinggir hutan.
- ✓Di dalam kelas, Mazlan duduk di antara Bong Kiat dengan Muthusamy.
- ✓Cikgu Azlan menyuruh Ah Chong mengutip sampah di atas lantai.
- ✓Pak Lah mengusahakan sebidang kebun sayur yang luas di belakang rumahnya.
- ✓Telefon awam yang dibina di antara kedai itu telah dirosakkan oleh budak-budak nakal.
- ✓Suhaimi menyewa rumah di pinggir bandar kerana sewanya lebih murah.
- ✓Rumah Salina terletak di antara masjid dengan kedai.
- ✓Matahari terbit di sebelah barat … timur dan terbenam di sebelah ___________.
04
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 3
- ✓Emak meletakkan kuih-muih itu di bawah tudung saji.
- ✓Rak buku itu diletakkan di penjuru kelas.
- ✓Gerai makanan di pinggir jalan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
- ✓Penyelam itu dapat melihat keindahan batu karang di dasar laut.
- ✓Kawasan stesen pemancar televisyen di puncak bukit itu merupakan kawasan larangan.
- ✓Pak Cik Sulaiman membina sebuah dangau di tengah sawah.
- ✓Siew Chin mengutip buah mangga lalu dimasukkan ke dalam raga.
- ✓Kedai menjual peralatan permainan kanak-kanak terletak di tingkat bawah Wisma Harapan.
- ✓Puan Noraini melarang anaknya bermain di tengah panas.
- ✓Penjual itu menjunjung sebuah bakul di atas kepalanya.
- ✓Selepas bertelur, penyu betina akan mengambus telurnya di dalam pasir.
✓
Nota selesai dibaca
Teruskan ke topik seterusnya
Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.