✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa
Kata Bantu
Perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama dengan makna waktu atau ragam.
Ringkasan Mudah
Apa yang akan dipelajari?
Perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama dengan makna waktu atau ragam.
01
Isi Penting
Kata bantu aspek
- ✓Lampau: telah, sudah, pernah.
- ✓Kini: sedang, tengah, masih.
- ✓Hadapan: akan, belum.
02
Isi Penting
Kata bantu ragam
- ✓Menunjukkan kehendak, keupayaan, kewajipan atau kemungkinan seperti mahu, hendak, boleh, dapat, mesti dan mungkin.
03
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 1
- ✓Ayah saya sedang berehat sambil membaca surat khabar di ruang tamu.
- ✓“Ayah mahu kamu semua belajar bersungguh-sungguh hingga ke universiti, ” nasihat Encik Othman kepada anak-anaknya.
- ✓Jika diberikan peluang, saya hendak pergi melancong ke Australia.
- ✓Ah Chuan masih tidur lagi di dalam bilik walaupun sudah jam 10.00 pagi.
- ✓Sudah seminggu sampah itu dilonggokkan tetapi masih belum dipungut oleh pekerja majlis daerah.
- ✓Susan sudah memiliki kereta dan rumah sendiri walaupun baru setahun bekerja.
- ✓Adik tidak mahu mengikut ayah ke Pulau Tioman kerana dia sudah pernah pergi ke sana.
- ✓“Rasa-rasanya, kita pernah berjumpa sebelum ini, tetapi di mana ya? ” kata Linda kepada perempuan itu.
- ✓Kita harus sentiasa menghormati orang yang lebih tua.
- ✓Liza boleh pergi ke majlis hari jadi Syira setelah diizinkan ibu dan bapanya.
- ✓Rahim tidak boleh berlari dengan pantas lagi semenjak kakainya patah.
- ✓Hafiz Hashim yakin dia dapat mengalahkan pemain China itu dalam perlawanan akhir nanti.
- ✓“Sejak semalam, saya belum makan lagi, ” kata Yuri kepada Mei Hua.
- ✓Ah Tiak dan keluaganya akan melancong ke Korea pada akhir bulan ini.
- ✓“Ketika saya datang ke rumahnya tadi, dia masih tidur lagi, ” kata Aik Guan kepada kawan-kawannnya.
- ✓Saya sudah dua kali kali menonton rancangan Mission Impossible di pawagam.
- ✓Danial pernah mengikut saya pulang ke kampung semasa musim buah-buahan tahun lalu.
- ✓Nenek Munah sedang menganyam daun ketupat bersama cucu-cucunya di bawah pokok.
04
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 2
- ✓Walaupun peperiksaan UPSR hampir tiba, dia masih lagi gemar menonton televisyen hingga larut malam.
- ✓Kami akan mengikuti rombongan sekolah ke singapura pada cuti semester ini.
- ✓“Kamu pergilah dahulu, saya akan menyusul dari belakang, ” kata Rahman kepada kawan-kawannya.
- ✓“Kamu mesti belajar bersungguh- sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading, ” kata cikgu Lina kepada murid-muridnya.
- ✓Orang buta itu boleh membaca menggunakan Braille dengan lancar.
- ✓Amiza sungguh gembira kerana telah berjumpa dengan ibunya yang telah lama terpisah.
- ✓Pak Kassim pernah beberapa kali terserempak dengan lembaga hitam itu.
- ✓Kakaknya akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya akhir bulan ini.
- ✓Puan Hasni belum. sudah memperoleh cahaya mata walaupun __________ lima tahun berkahwin.
- ✓Seong akan menziarahi neneknya yang sakit di Hospital Muar.
- ✓Lantai kelas itu masih kotor walaupun telah dicuci.
- ✓Lili akan membalas surat daripada rakannya sebentar lagi.
- ✓Bayi itu masih tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.
- ✓Nenek saya pernah menjadi mangsa ragut perompak bank itu.
- ✓Juruteknik sedang membaiki telefon awam yang rosak itu.
- ✓Bas ekspres ke Teluk Intan akan bertolak tidak lama lagi.
- ✓Kita mesti berhati-hati ketika berjalan di lorong yang gelap itu.
- ✓Guru besar sekolah saya akan bersara pada tahun ini.
05
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 3
- ✓Misri akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan hadapan.
✓
Nota selesai dibaca
Teruskan ke topik seterusnya
Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.