✦ Nota Bahasa Melayu · Kosa Kata
Kata Banyak Makna
Perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna bergantung pada konteks ayat.
Ringkasan Mudah
Apa yang akan dipelajari?
Perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna bergantung pada konteks ayat.
01
Isi Penting
Strategi
- ✓Baca keseluruhan ayat sebelum menentukan makna perkataan.
- ✓Bandingkan penggunaan perkataan yang sama dalam ayat yang berbeza.
02
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 1
- ✓Cahaya hari ini hangat sekali.
- ✓Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
- ✓Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
- ✓Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.
- ✓Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.
- ✓Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.
- ✓Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.
- ✓Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.
- ✓Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.
- ✓Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.
- ✓Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
- ✓Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.
- ✓Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
- ✓Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.
- ✓Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.
- ✓Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.
- ✓Bunga tayar kereta itu melintang.
- ✓Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.
03
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 2
- ✓Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.
- ✓Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.
- ✓Usianya baru lima tahun.
- ✓Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.
- ✓Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.
- ✓Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.
- ✓Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.
- ✓Kaki pelajar yang berhimpun telah bersurai.
- ✓Kaki Khairul terlalu besar untuk kasut itu
- ✓Banyak kaki yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.
- ✓Tingginya sama paras dengan saya.
- ✓Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.
- ✓Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.
- ✓Dia laku dirinya seperti orang kaya.
- ✓Seseorang yang buruk laku akan dibenci orang.
- ✓Melihat laku anak yang mabuk itu, Pak Dolah telah hilang sabar.
- ✓Pakaian pengemis itu terlalu buruk.
- ✓Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.
04
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 3
- ✓Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.
- ✓Kadar celik huruf di negara kita telah meningkat.
- ✓Kita mestilah sentiasa celik kalau tidak mahu ketinggalan
- ✓Walaupun Kim Chong buta, dia boleh membuat perkara-perkara yang dapat dilakukan orang-orang yang celik.
- ✓Malek Nor ingin merebut kembali gelaran Raja Bina Badan Asia.
- ✓Kanak-kanak yang datang ke majlis perkahwinan itu merebut bunga telur.
- ✓Gas asli dilombong di pesisir pantai Terengganu.
- ✓Penyanyi itu sedang menyanyikan sebuah lagu asli.
- ✓Masyarakat orang asli kini semakin maju dalam kehidupan.
- ✓LRT itu sesak dengan penumpang.
- ✓Jalan raya sesak ketika musim perayaan.
- ✓Datuk diserang sesak nafas selepas berjoging di taman.
- ✓Bukalah pintu hatimu untuk bertaubat.
- ✓Zunika sedang duduk termenung di tepi pintu.
- ✓Arnab yang sombong itu tertidur di kaki pokok.
- ✓Emak membeli sekaki serai daripada penjual ikan itu.
- ✓Jalan menuju ke kampung Ali berlopak-lopak.
- ✓Mereka mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu.
05
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 4
- ✓Dia sering memberi jalan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
- ✓Pokok rambutan itu berbuah lebat.
- ✓Pendebat itu lebat berhujah sehingga penonton terpegun.
- ✓Dia bekerja dengan kuat tenaganya.
- ✓Peristiwa hitam itu kuat mengganggu fikirannya.
- ✓Rambutnya disisir licin supaya tampak segak.
- ✓Majlis persaraannya berjalan dengan licin.
- ✓Kulit peragawati itu sungguh licin.
- ✓Majlis penyampaian hadiah itu berjalan dengan lancar.
- ✓Seekor ular berjalan di dahan pokok itu.
- ✓Bas itu berjalan dengan lajunya.
- ✓Pak Abu berjaya menangkap ular yang bisa itu.
- ✓Saya masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata orang tua itu.
- ✓Nina belum membalas surat kawannya.
- ✓Kita harus membalas budi ibu bapa.
- ✓Ayah mengesat peluh dengan sehelai kain buruk.
- ✓Abang Jas sedang berehat di pondok buruk di tepi sawah.
- ✓Orang-orangan di tengah sawah itu diperbuat daripada kain buruk.
06
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 5
- ✓Pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran untuk menghadapi hari muka.
- ✓Emak mengangkat kain di ampaian lalu melipatnya.
- ✓Air sungai di belakang rumah datuk sangat dalam.
- ✓Keluarga Encik Tang bercakap dalam bahasa Inggeris.
- ✓Kee Heng menonton filem itu sehingga tamat.
- ✓Perkhidmatannya akan tamat pada bulan depan.
- ✓Lesen memandu Fadli tamat pada pertengahan bulan ini.
- ✓Kelas itu pecah kerana terhempas ke batu.
- ✓Sharil dan Mutu belajar di dalam kelas pemulihan.
- ✓Petani-petani itu memerah keringat bekerja di tengah sawah.
- ✓Guru Besar memerah tukang kebun supaya memotong rumput.
- ✓Samad meninggal dunia pada tanggal 30 Oktober yang lalu.
- ✓Oleh sebab marahkan ibunya, dia menendang pintu itu hingga tanggal engselnya.
- ✓Pendapatan bulanan Encik Mutalib sangat kencang.
- ✓Suaranya yang kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
- ✓Sejak lanjut usia, datuk hanya berehat sahaja di rumah.
- ✓Cikgu menyuruh murid-murid lanjut kerja walaupun loceng rehat telah berbunyi.
- ✓Dia gemar menyimpan barang-barang lama.
07
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 6
- ✓Sudah lama dia menunggu kedatangan awak.
- ✓Dasar undang-undang negara diambil daripada undang-undang lama.
- ✓Pelajar itu mempunyai dasar keluarga yang miskin.
- ✓Muka budak yang sakit jantung itu pucat.
- ✓Bayaran muka motosikal itu sebanyak RM400.00 sahaja.
- ✓Azlan tidak berani angkat muka semasa dimarahi gurunya.
- ✓Zana melukis gambar bulan sabit.
- ✓Sekiranya sabit kesalahan, penculik itu akan dipenjarakan.
- ✓Halaman rumah Neena sangat bersih.
- ✓Buku cerita itu mengandungi seratus dua puluh halaman.
- ✓Surat khabar menyediakan satu halaman khas untuk para pelajar.
- ✓Beberapa orang kanak-kanak berkejar-kejaran di padang.
- ✓Pemandu kereta lumba itu berkejar-kejaran untuk ke garisan penamat.
- ✓Ikan emas itu dipeliharanya di dalam sebuah akuarium.
- ✓Jangan lepaskan peluang emas untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
- ✓Kedua-dua mempelai duduk di atas peterana yang emas sambil diarak ke istana.
- ✓Sekuat-kuat Lim Sin, kuat lagi abangnya.
- ✓Badri menolak batu itu dengan sekuat-kuat.
08
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 7
- ✓Jalak tidak dapat menandingi sekuat-kuat Badang.
- ✓Kepulangannya ke kampung bagaikan. Sirih pulang ke gagang.
- ✓Syarikatnya mendapat pulang yang berlipat ganda.
- ✓Janganlah risau, kami sekeluarga baik belaka.
- ✓Buku itu masih baik walaupun telah lama digunakan.
- ✓Kesihatannya beransur baik setelah menerima rawatan di hospital.
- ✓Barang kata anaknya terpaksa diturut saja.
- ✓Ibu ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan harian.
- ✓Haji Tamrin ialah bekas ketua kampung yang amat disayangi.
- ✓Anggota PERHILITAN dapat mengesan harimau itu melalui bekas tapak kakinya.
- ✓Ahmad telah menerima bahagian pusakanya.
- ✓Nenek Zaiton sering sakit pada bahagian kakinya.
- ✓Kereta yang mengalami kemalangan itu rosak pada beberapa bahagian.
✓
Nota selesai dibaca
Teruskan ke topik seterusnya
Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.