✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa
Kata Bilangan
Kata yang digunakan untuk menyatakan jumlah, bilangan, pecahan, himpunan atau urutan.
Ringkasan Mudah
Apa yang akan dipelajari?
Kata yang digunakan untuk menyatakan jumlah, bilangan, pecahan, himpunan atau urutan.
01
Isi Penting
Jenis
- ✓Tentu: satu, dua, tiga dan seterusnya.
- ✓Tak tentu: beberapa, segala, seluruh dan sekalian.
- ✓Pecahan: suku, setengah, separuh dan tiga suku.
- ✓Pisahan: setiap, tiap-tiap.
- ✓Himpunan: kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh.
- ✓Tingkat: pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
02
Isi Penting
Ingat
- ✓Kata bilangan tentu bagi benda konkrit lazimnya diikuti penjodoh bilangan yang sesuai.
03
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 1
- ✓Kakak amat menggemari telur ayam masak separuh.
- ✓Sebahagian kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.
- ✓Syazwani gemar mengumpulkan pelbagai jenis setem luar negara.
- ✓Kedua-dua orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
- ✓Lembu peliharaan Pak Samad ada berapa ekor?
- ✓Ribuan helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.
- ✓Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah berabad-abad menderita penyakit angin ahmar.
- ✓Pelbagai…setiap jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
- ✓Seluruh…setiap t ubuhnya terasa lemah ____________ kali diserang demam panas.
- ✓Tuan Zaidi mendermakan sebahagian daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
- ✓Setiap murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
- ✓Majikan itu melayani semua pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
- ✓Pihak imigresen memeriksa seluruh badan penumpang kapal terbang sebagai langkah keselamatan.
- ✓Aiman sudah diberitahu berkali-kali, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.
- ✓Para hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan.
- ✓Setiap hujung bulan dia ke pasar raya itu untuk membeli-belah.
- ✓Stadium itu penuh sesak dengan ribuan penyokong Pasukan Hijau Kuning.
- ✓Beberapa buah tong yang hilang dipercayai mengandungi sisa toksik, ditemui di tepi belukar itu.
04
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 2
- ✓Setiap…kedua-dua kali selepas bersolat, dia mengangkat __________belah tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
- ✓Seluruh … kedua-dua pandangannya menjadi gelap apabila ___________ belah matanya terkena semburan cecair itu.
✓
Nota selesai dibaca
Teruskan ke topik seterusnya
Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.