✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa
Kata Ganda
Kata yang terbentuk melalui proses pengulangan seluruh atau sebahagian kata dasar.
Ringkasan Mudah
Apa yang akan dipelajari?
Kata yang terbentuk melalui proses pengulangan seluruh atau sebahagian kata dasar.
01
Isi Penting
Jenis
- ✓Ganda penuh: buku-buku.
- ✓Ganda separa: dedaun.
- ✓Ganda berentak: kuih-muih, lauk-pauk.
- ✓Penggandaan membawa makna tertentu dan perlu digunakan mengikut konteks ayat.
02
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 1
- ✓Pada setiap petang kami bersiar-siar di taman bunga.
- ✓“Buat kerja kamu itu cepat-cepat supaya kita boleh pulang awal, ” kata Sudin kepada rakannya.
- ✓Pakaian yang dijual di Pusat membeli-belah Hang Tuah cantik-cantik belaka.
- ✓Kota itu telah ditinggalkan sejak berzaman-zaman oleh penjajah.
- ✓Pepohon kelapa tumbuh subur di sepanjang pantai di negara ini.
- ✓Emak memasukkan kekacang yang dihiris itu ke dalam kuali lalu menumisnya.
- ✓Rambut budak lelaki itu kelihatan kusut-masai kerana tidak disikat.
- ✓Pawagam menjadi terang-benderang setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
- ✓Rambutan di dusun Pak Mak kelihatan kekuning-kuningan.
- ✓Rani berpindah-pindah sekolah kerana ayahnya merupakan seorang anggota polis.
- ✓Ibu membelikan bantal yang berisikan kekabu untuk adik.
- ✓Air takungan di dalam tin kosong itu dipenuhi dengan jejentik.
- ✓Almari yang baru dibeli oleh ayah telah rosak dimakan anai-anai.
- ✓Puan Kumari menggunakan rempah-ratus yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.
- ✓Anak-anak En. Mazlan yang pandai-pandai itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
- ✓Jemput-jemput yang digoreng oleh ibu sungguh sedap dimakan.
- ✓Sani bertugas sebagai mata-mata di Balai Polis, Pontian, Johor.
- ✓Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam stadium untuk menonton perlawanan akhir bola sepak.
03
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 2
- ✓Encik Bala berjalan mundar-mandir di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.
- ✓Petani itu meletakkan orang-orang di tengah-tengah sawah padi untuk menakutkan haiwan perosak.
- ✓Azlan tercungap-cungap setelah menghabiskan larian 400 meter.
- ✓Aiman lari lintang-pukang melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
- ✓Suraya menyusun buku itu rapat-rapat supaya dapat memenuhi ruang almari itu.
- ✓Baju budak itu kelihatan comot momot kerana terkena lumpur semasa bermain.
- ✓Epok-epok yang digoreng oleh ibu dihidangkan dalam majlis hari jadi saya.
- ✓Rani tidak dapat makan kerana lelangit nya sakit dari pagi tadi.
- ✓Tukang kebun itu memotong rerumput yang tinggi di padang dengan mesin.
- ✓Sazali ketawa terbahak-bahak ketika menonton rancangan yang lucu itu.
- ✓Guru besar tidak akan terjaga-jaga untuk mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah.
- ✓Otak-otak sejenis makanan yang terkenal di Muar, Johor.
- ✓Orang tua itu bersikap kebudak-budakan sejak terlibat dalam kemalangan itu.
- ✓Penduduk –penduduk kampung itu menyambut Pesta Menuai secara habis-habisan.
- ✓Pada cuti hujung, minggu kami sekeluarga pergi melawat Taman Rama-rama di Melaka.
- ✓Lembu peliharaannya gemuk-gemuk belaka kerana diberikan makanan tambahan.
- ✓Kami dapat melihat pelbagai jenis kupu-kupu berterbangan di taman itu.
- ✓Para tetamu hadir ke majlis perkahwinan abang Nizam.
04
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 3
- ✓“Perkara ini haruslah difikirkan masak-masak sebelum kamu bertindak, ” kata Cikgu Lim.
- ✓Pasukan bola sepak sekolah saya telah berjaya menjadi johan daerah selama tiga tahun berturut-turut.
- ✓Murid-murid di kelas Tahun 6 Mawar sedang menduduki peperiksaan.
- ✓Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami cirit-birit akibat keracunan makanan.
- ✓Jejari Khairul luka kerana terkena paku yang tajam.
- ✓Tiga orang pemuda yang berlegar-legar di kawasan bank itu disoal siasat oleh pihak polis.
- ✓Kecederaan gegendang telinga menyebabkan Pak Cik itu tidak jelas pendengaran.
- ✓Adik berjalan terhincut-hincut ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
✓
Nota selesai dibaca
Teruskan ke topik seterusnya
Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.