SmartDidik
Contoh: RPH, Matematik Tahun 6, SPM, PAK21, Biasiswa, AI Pendidikan...
Subjek›Bahasa Melayu Tahun 4›Kata Ganti Nama Diri
✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa

Kata Ganti Nama Diri

Kata yang menggantikan nama orang supaya ayat lebih kemas dan tidak berulang.

▤ 5 bahagian ✓ 55 isi penting ◷ ± 4 minit
✦
Ringkasan Mudah

Apa yang akan dipelajari?

Kata yang menggantikan nama orang supaya ayat lebih kemas dan tidak berulang.

01
Isi Penting

Jenis utama

✓
  • ✓Diri pertama: penutur seperti saya, aku, kami dan kita.
  • ✓Diri kedua: pendengar seperti awak, kamu, anda dan engkau.
  • ✓Diri ketiga: pihak yang diperkatakan seperti dia, beliau dan mereka.
02
Isi Penting

Perbezaan penting

✓
  • ✓Kami merujuk penutur bersama pihak lain tetapi tidak termasuk pendengar.
  • ✓Kita merangkumi penutur dan pendengar.
  • ✓Pilih kata ganti nama mengikut hubungan, situasi rasmi dan konteks.
03
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 1

“
  • ✓“Ayah, saya mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan, ” kata Wani dengan gembira.
  • ✓Ahmad murid yang berdisiplin. Dia sentiasa mematuhi peraturan di sekolah.
  • ✓Datuk Rosli ialah pegawai daerah di kawasan itu. Beliau telah menderma wang sebanyak enam ribu ringgit untuk membina balai raya itu.
  • ✓Menurut para peserta ekspedisi itu, mereka akan tiba di puncak Gunung Tahan pada tengah hari ini.
  • ✓“ Kita mesti sentiasa menjaga nama baik kampung ini, ” kata ketua kampung kepada anak buahnya.
  • ✓“Betulkah Pak Cik Cheong itu datuk awak? ” tanya Chitra kepada Soo.
  • ✓“ Kami hendak pergi berkelah di Air Terjun Sekayu, ” kata Ah Meng dan Raju kepada Badrul.
  • ✓Sultan Ahmad berasa sangat sedih kerana puteri baginda diserang penyakit ganjil.
  • ✓“Janganlah hamba dihukum, tuanku, ” rayu tukang masak istana kepada Sultan Azlan.
  • ✓“Bilakah engkau sampai? ” tanya Encik Lim kepada kawannya.
  • ✓Yoke Meng berasa gelisah kerana terlupa membawa buku latihan Bahasa Malaysia -nya.
  • ✓“ Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, ” pesan Cikgu Nizam kepada Arjun.
  • ✓“ kita mesti sampai ke tempat itu sebelum senja, ” kata Sani kepada rakan- rakannya.
  • ✓“Ampun tuanku, memang benar kata-kata bendahara itu, ” sembah Temenggung Ibrahim kepada Sultan Mahmud.
  • ✓“Sila keluarkan buku latihan Kalian sekarang”, kata Cikgu Azhar kepada murid kelas Lima Setia.
  • ✓Anis dan Aida melawat David yang sedang sakit. Mereka membawa buah tangan untuknya.
  • ✓Dia menangis kerana perutnya sakit.
  • ✓“ Kamu sudah makan atau belum? ” tanya Harun pada adiknya.
04
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 2

“
  • ✓“Wahai Tuhan, kepada Engkaulah kusandarkan harapan, ”ujar Salim dalam doanya.
  • ✓Tahniah, Awak telah berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
  • ✓“Bilakah awak akan pergi ke sana? ” tanya Razali kepada kawan- kawannya.
  • ✓“Mat, kamu hendak beli pemadam? Aku ada jual pemadam, ” kata Azmi kepada rakannya.
  • ✓Lily tidak dapat hadir ke sekolah kerana dia demam panas.
  • ✓“Saya harap kalian dapat menyiapkan latihan yang saya beri ini pada hari esok, ” kata Cikgu Mona kepada murid-murid 4 Tuah.
  • ✓Cikgu Leman ibarat senapang bambu. Beliau nampak sahaja garang tetapi sebenarnya baik hati.
  • ✓“ Beta sering gering sejak akhir-akhir ini, ” kata Sultan kepada bendaharanya.
  • ✓Munusamy sangat gembira kerana kakak nya telah kembali ke tanah air setelah beberapa tahun berada di England.
  • ✓“Harapan patik agar tuanku berangkat pulang dengan selamat, ” kata Bendahara.
  • ✓Walaupun datuk telah lanjut usia, namun beliau masih aktif bersukan.
  • ✓Ah Chong dan Kok Leong bersahabat karib. Mereka tinggal sekampung.
  • ✓“ Saudari hendak ke mana, ” tanya kakak kepada perempuan di sebelahnya itu.
  • ✓Chong jiran saya. Kami bersahabat baik sejak kecil lagi.
  • ✓Para pemimpin negara mendapatkan kemerdekaan daripada orang Inggeris. Mereka sangat berjasa kepada kita.
  • ✓Lelaki itu ditangkap kerana merompak. dia dihukum penjara selama 6 tahun oleh mahkamah.
  • ✓“Mari kita mencari jalan penyelesaian daripada berbual-bual kosong, ” kata David kepada rakan-rakannya.
  • ✓“ Awak seorang pendidik yang berkaliber dan penulis yang disegani, ” kata Puan Suraya kepada anaknya.
05
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 3

“
  • ✓Ayah sedang berbual dengan kawan nya melalui telefon.
  • ✓“Mengapakah kamu datang lewat? ” tanya guru disiplin kepada Ming Wei.
  • ✓Balan dibawa ke hospital kerana dia keracunan makanan.
  • ✓“ Kami berjanji akan menuruti segala nasihat dan tunjuk ajar datuk, ” kata cucu-cucu itu kepada Pak Ngah.
  • ✓Murid baru itu peramah orangnya. Dia berpindah ke sini kerana mengikut bapanya yang ditugaskan di sini.
  • ✓Segala nasihat ibu akan saya turuti.
  • ✓“Datuk dan nenek saya tinggal di Pulau Besar, ” kata Tamanah kepada Vijay.
  • ✓“Ampun tuanku, pada pandangan patik, eloklah penderhaka itu dimaafkan, ” sembah Bendahara kepada Sultan.
  • ✓“Adakah kamu sudah bersedia untuk mendirikan khemah? ” tanya ketua pengakap itu.
  • ✓Penduduk-penduduk Taman Aman sedang membersihkan longkang-longkang yang tersumbat. Mereka bergotong-royong melakukan kerja-kerja tersebut.
  • ✓“Dayang, sediakan santapan beta sekarang, ” titah Sultan Mansur Shah.
  • ✓Rahman dan Swee Lan berkawan baik. Hubungan mereka rapat umpama adik- beradik.
  • ✓“ Kami akan memulakan latihan sekarang juga, ” kata Faiz dan Hakim serentak.
✓
Nota selesai dibaca

Teruskan ke topik seterusnya

Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.