✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa
Kata Hubung
Perkataan yang menghubungkan perkataan, frasa atau ayat.
Ringkasan Mudah
Apa yang akan dipelajari?
Perkataan yang menghubungkan perkataan, frasa atau ayat.
01
Contoh Penggunaan
Contoh
- ✓dan, atau, tetapi, kerana, supaya, sejak, apabila, walaupun.
- ✓Pilih kata hubung berdasarkan hubungan makna antara bahagian ayat.
02
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 1
- ✓Pelajarannya bertambah merosot sejak ibunya meninggal.
- ✓Awak mesti pulang sekarang kerana hari sudah malam.
- ✓Pengawal itu membuka pintu lalu dia menjemput kami masuk.
- ✓Saya akan datang jika hari tidak hujan.
- ✓Pak Ali sudah tua tetapi dia masih kuat bekerja.
- ✓Osman suka bermain badminton tetapi dia malas belajar.
- ✓Selepas mandi, kami berjalan-jalan di pantai sambil berbual –bual.
- ✓Dia sedang menari sambil menyanyi.
- ✓Dia tidak datang ke sekolah kerana sakit.
- ✓Awak hendak beg yang berwarna kuning atau yang berwarna biru?
- ✓Di dalam almarinya ada pakaian dan topi.
- ✓Emak membancuh air kopi lalu menuangnya ke dalam cawan.
- ✓Pak Cik Salim mengucapkan selamat tinggal sambil melambai-lambaikan tangan.
- ✓Kamu mesti hadir ke sekolah kecuali kamu sakit.
- ✓Hafiz suka membaca majalah dan komik.
- ✓Farid sudah melelapkan mata sewaktu ayah balik.
- ✓Tidak kira murid lelaki mahupun murid perempuan, semua mesti berpakaian seragam.
- ✓Adik mencuci pinggan selepas makan malam.
03
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 2
- ✓Pemuda itu duduk sahaja padahal orang lain sibuk bergotong-royong.
- ✓Joo Lian tersenyum sambil menjeling ke arah kami.
- ✓Mona dan adiknya berjalan beriringan di tepi sawah padi itu.
- ✓Kami selalu keluar bersama-sama sejak keluarganya tinggal di sini.
- ✓Cuaca pagi ini kurang baik, maka para nelayan tidak turun ke laut.
- ✓Di samping hidupnya miskin, tetapi dia tidak suka meminta-minta.
- ✓Puan Mariama pengsan apabila berita tentang kematian anak kesayangannya dimaklumkan.
- ✓Baik Ramli mahupun Karim mempunyai kegemaran dan minat yang sama.
- ✓Masalah ini tidak akan selesai selagi kamu tidak mahu mengalah.
- ✓Jangankan…pun tersenyum, menoleh _________ dia tidak mahu.
- ✓“Kian hari kian membesar perut anak kecil yang menghidap penyakit busung itu, ” kata Dr. Kamal.
- ✓Saya akan berusaha mencari adik saya itu meskipun menghadapi pelbagai rintangan.
- ✓Wang yang banyak akan habis juga jika tidak diurus dengan baik.
- ✓Sungguhpun … namun tanda dilarang merokok tergantung di situ, ______ masih ada orang yang merokok.
- ✓Cerita tentang makhluk asing itu entah…entah benar ____________ tidak.
- ✓Sedangkan … inikan pula kotak seringan ini tidak terangkat, ________________ beg seberat itu.
- ✓Walaupun Ramli tidak sihat, dia tetap mengetuai ekspedisi ke Gunung Tahan itu.
- ✓Kita perlu mencuci tangan sebelum menjamah makanan.
04
Contoh Penggunaan
Contoh Penggunaan 3
- ✓Salim dan adiknya selalu menonton televisyen hingga larut malam.
- ✓Klinik itu dibuka setiap hari selama 24 jam kecuali pada hari Jumaat.
- ✓Rahman tiba di majlis itu ketika pengacara majlis mengumumkan nama- nama penerima pingat.
- ✓Setiap pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
- ✓Pelajar perlu membaca soalan peperiksaan dengan teliti supaya tidak kelalukan kesalahan.
- ✓Johari sedang berbual-bual dengan Salaman manakala rakan- rakan yang lain sedang mengulang kaji pelajaran.
- ✓Kakak membaca buku cerita sementara menunggu bas untuk ke sekolah.
- ✓Fatimah masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pinangan lelaki yang kaya itu.
- ✓Sebelum abang berangkat ke London, bapa memberikan nasihat sambil mengusap wajahnya.
- ✓Puan Nurul mempelawa Azizah dan…sementara Siti masuk ke dalam rumah ___________ Raihan bersiap.
- ✓Cikgu Jagreet meminta murid- murid mengeluarkan buku teks dan buka halaman ketiga.
- ✓Semua murid senyap apabila guru disiplin masuk ke dalam kelas.
- ✓Abang Osman tidak ke pejabat kerana dia berasa kurang sihat.
- ✓Ayub memberitahu ibunya bahawa dia akan pulang lewat pada malam nanti.
✓
Nota selesai dibaca
Teruskan ke topik seterusnya
Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.