SmartDidik
Contoh: RPH, Matematik Tahun 6, SPM, PAK21, Biasiswa, AI Pendidikan...
✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa

Kata Kerja

Kata yang menunjukkan perbuatan, keadaan atau proses.

▤ 4 bahagian ✓ 40 isi penting ◷ ± 3 minit
✦
Ringkasan Mudah

Apa yang akan dipelajari?

Kata yang menunjukkan perbuatan, keadaan atau proses.

01
Isi Penting

Asas

✓
  • ✓Kata kerja transitif memerlukan objek, contohnya membaca buku.
  • ✓Kata kerja tak transitif boleh berdiri tanpa objek, contohnya tidur atau berjalan.
  • ✓Imbuhan boleh mengubah bentuk dan fungsi kata kerja.
02
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 1

“
  • ✓Pemenang pertandingan bercerita itu diumumkan oleh Guru Besar.
  • ✓Bola tenis itu melantun kembali apabila dipukul ke arah tembok.
  • ✓Kereta itu terbabas ke dalam parit selepas cuba mengelak seekor anjing yang melintas jalan.
  • ✓Setiap hari, Rahmat akan membonceng motosikal bapanya ke sekolah.
  • ✓Lalang di sekeliling rumah yang tidak berpenghuni itu semakin merimbun.
  • ✓Pegawai kesihatan itu sedang berucap di atas pentas tentang amalan pemakanan yang baik.
  • ✓Mei Lan menggubah sejambak bunga ros di dalam pasu.
  • ✓Peserta ekspedisi ke Kutub Utara itu terpaksa meredah kawasan ais yang beku.
  • ✓Kakak Aniza berhati-hati semasa menatang dulang minuman yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.
  • ✓Petani itu sedang mencangkul tanah untuk membuat batas.
  • ✓Ibu sedang menjerang air di dapur.
  • ✓Banyak sampah bertaburan di padang itu.
  • ✓Kakak sedang menjemur kain-kain yang baru dicuci di ampaian.
  • ✓Pak Abu sedang mengopek sabut kelapa menggunakan sebilah parang.
  • ✓Beberapa orang lelaki sedang memangkas daun pokok hiasan yang merimbun di tepi pagar balai raya.
  • ✓Puan Siti menjahit tikar mengkuang itu dengan berhati-hati.
  • ✓Petani itu menggunakan air perigi untuk mengairi pokok terung di kebunnya.
  • ✓Buah mempelam itu telah gugur setelah dijolok oleh Atan dengan sebatang galah.
03
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 2

“
  • ✓Ramli jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang.
  • ✓Seekor anjing menggonggong seketul tulang yang dicuri di sebuah pasar.
  • ✓Dagu bapa terluka terkena pisau cukur semasa dia mencukur janggutnya.
  • ✓Sebuah helikopter terhempas di kawasan hutan tebal di pedalaman Sabah.
  • ✓Ayam jantan Pak Cik Murad berkokok pada setiap pagi.
  • ✓Vandalisme atau perbuatan suka menconteng dinding bangunan dan telefon awam patut dihentikan.
  • ✓Ahmad hanya menundukkan kepala ketika dimarahi oleh guru kelasnya.
  • ✓Beberapa orang murid sedang melintas di lintasan belang.
  • ✓Puan Seetha sedang menanak nasi di dalam periuk elektrik.
  • ✓Ahli pengakap terpaksa mengharungi sebatang sungai semasa menjalani latihan kembara hutan.
  • ✓Nelayan itu sedang menebar serawan jala ke dalam laut.
  • ✓Saroja sedang melipat pakaian yang telah kering di ruang tamu.
  • ✓Rizal membantu datuk mengait buah rambutan yang telah masak menggunakan galah yang panjang.
  • ✓Fadzil akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.
  • ✓Pak Long Tahir menambat kambingnya dengan seutas tali pada sebatang pokok.
  • ✓Juruhebah radio itu mengulas perlawanan akhir Piala Thomas secara langsung.
  • ✓Seorang pemuda pengsan setelah dipatuk oleh seekor ular tedung semasa sedang membersihkan kebunnya.
  • ✓Hamid mendayung sampan yang dinaikinya ke tepi sungai dengan berhati-hati.
04
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 3

“
  • ✓Pak Cik Osman mengasah pisau yang tumpul itu sebelum digunakan untuk memotong daging.
✓
Nota selesai dibaca

Teruskan ke topik seterusnya

Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.