SmartDidik
Contoh: RPH, Matematik Tahun 6, SPM, PAK21, Biasiswa, AI Pendidikan...
Subjek›Bahasa Melayu Tahun 4›Kata Sendi Nama
✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa

Kata Sendi Nama

Kata tugas yang hadir sebelum frasa nama untuk menunjukkan hubungan seperti tempat, arah, masa atau sasaran.

▤ 4 bahagian ✓ 54 isi penting ◷ ± 3 minit
✦
Ringkasan Mudah

Apa yang akan dipelajari?

Kata tugas yang hadir sebelum frasa nama untuk menunjukkan hubungan seperti tempat, arah, masa atau sasaran.

01
Contoh Penggunaan

Contoh

“
  • ✓di untuk tempat: di sekolah.
  • ✓ke untuk arah atau tempat yang dituju: ke pasar.
  • ✓dari untuk arah, tempat atau masa: dari Sabah, dari pagi.
  • ✓daripada untuk sumber, bahan atau perbandingan: hadiah daripada ibu.
  • ✓kepada untuk sasaran atau penerima: kepada guru.
02
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 1

“
  • ✓Kempen kebersihan yang dilancarkan pada minggu lepas akan berlangsung pada minggu hadapan.
  • ✓Suganya dan Moganah bersahabat rapat sejak mereka belajar di tadika lagi.
  • ✓Puvana mula menjahit pakaian itu semenjak minggu lepas.
  • ✓Guru Besar dan guru-guru sekolah sedang berbincang tentang Majlis Anugerah yang akan diadakan pada minggu hadapan.
  • ✓Naren akan menjual keretanya kepada sesiapa yang berminat.
  • ✓Saniah menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan itu kepada ibunya yang baru pulang dari pejabat.
  • ✓Bubu yang digunakan untuk memerangkap ikan diperbuat daripada buah.
  • ✓Gobi menerima sepucuk surat daripada ibunya.
  • ✓Hadiah ini saya terima daripada ibu dan ayah sempena hari lahir saya.
  • ✓Sara mengupas kulit buah mangga itu dengan sebilah pisau yang tajam.
  • ✓Encik Haris bersetuju dengan harga rumah yang ditawarkan oleh syarikat perumahan tersebut.
  • ✓Setelah memenangi perlumbaan itu, Puviarasan mengangkat tangannya untuk menyahut sorakan penonton.
  • ✓“Surat ini untuk disampaikan kepada bapa kamu, ” kata Siti kepada Raihan.
  • ✓Rohini tinggal di Kampung Sejahtera bersama keluarganya.
  • ✓Hazmi akan ke London pada minggu depan untuk melanjutkan pelajarannya.
  • ✓Pasukan Keselamatan telah mengetatkan kawalan pintu masuk ke sempadan Malaysia demi menjaga keselamatan negara.
  • ✓Nasihat awak kepadanya umpama mencurah air ke daun keladi.
  • ✓Bungkusan yang saya terima tadi ada pada Arfan.
03
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 2

“
  • ✓Suren tidak suka membuat perkara seperti itu.
  • ✓Kamini akan…pada menduduki peperiksaan UPSR ___________minggu hadapan.
  • ✓Pembukaan bangunan baru dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah.
  • ✓Dalam dunia ini terdapat lebih daripada 10 000 jenis spesies burung.
  • ✓Puan Vemala menjaga anak angkatnya bagai menatang minyak yang penuh.
  • ✓Cik Nurul akan … dengan berkahwin ________________ Encik Vijay pada minggu depan.
  • ✓Nelson berasal dari negara Australia.
  • ✓Kita tidak sepatutnya berasa marah atau berkecil hati terhadap sikap orang tua kita.
  • ✓Seramai 345 orang murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan melukis itu.
  • ✓Mereka dalam perjalanan ke sekolah sewaktu kemalangan itu berlaku.
  • ✓Persahabatan antara Hasdi dan Hamid dicemburui oleh Mazlan.
  • ✓Arshad mengulang kaji pelajaran dari pagi sejak petang.
  • ✓Pertandingan nyanyian itu berlangsung dari pukul 2.00 petang kepada pukul 5.30 petang.
  • ✓Angin kencang yang melanda Kampong Tok Senik itu bertiup dari arah selatan.
  • ✓Ukiran tembikar itu diperbuat daripada tanah liat.
  • ✓darjah Celsius. — Rujukan jawapan: pada.
  • ✓Hadiah kamu itu ada pada Mashitah.
  • ✓Keputusan Ujian Bulanan Bahasa Melayu kali ini lebih baik daripada bulan lalu.
04
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 3

“
  • ✓Sumbangan dan derma ini adalah untuk anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
  • ✓Guru- guru itu sedang berbincang bagaimana untuk menangani masalah disiplin pelajar.
  • ✓Berita kemenangannya dalam pertandingan melukis itu diterimanya dengan perasaan amat gembira.
  • ✓Kami bertolak ke tempat kejadian pada pukul 2.00 petang.
  • ✓Warna tudungnya sama dengan warna kain saya.
  • ✓Kami berlatih bermain badminton sejak sejam yang lalu.
  • ✓Nenek tua itu sangat rindu akan cucunya.
  • ✓Lukisan ini lebih cantik daripada lukisan itu.
  • ✓Perkara itu tidak menjadi masalah untuk saya.
  • ✓Pensyarah itu tidak suka akan pelajarnya yang bersikap sambil lewa semasa membuat tugasan.
  • ✓Semua maklumat yang diberitahu oleh Marina tentang negara itu adalah penting bagi saya.
  • ✓Hadiah itu untuk para pemenang peraduan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu.
  • ✓Siva telah menyerahkan buku cerita itu kepada Mala.
✓
Nota selesai dibaca

Teruskan ke topik seterusnya

Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.