SmartDidik
Contoh: RPH, Matematik Tahun 6, SPM, PAK21, Biasiswa, AI Pendidikan...
Subjek›Bahasa Melayu Tahun 4›Kesalahan Tatabahasa
✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa

Kesalahan Tatabahasa

Bank bentuk salah dan pembetulan untuk membantu murid mengenal penggunaan bahasa baku.

▤ 6 bahagian ✓ 99 isi penting ◷ ± 4 minit
✦
Ringkasan Mudah

Apa yang akan dipelajari?

Bank bentuk salah dan pembetulan untuk membantu murid mengenal penggunaan bahasa baku.

01
Panduan Cepat

Cara belajar

✦
  • ✓Bandingkan bentuk salah dengan bentuk yang betul.
  • ✓Bina ayat baharu menggunakan bentuk yang telah dibetulkan.
02
Rujukan

Bentuk Baku 1

◎
  • ✓dari masa ke semasa → dari semasa ke semasa
  • ✓berguru dengan ustad → berguru kepada ustad
  • ✓oleh kerana → oleh sebab
  • ✓justeru itu → justeru
  • ✓berpandukan kepada → berpandukan
  • ✓paling cantik sekali → paling cantik
  • ✓seluruh pekerja → semua pekerja
  • ✓terhadap sikap Ali → tentang sikap Ali
  • ✓sehubungan itu → sehubungan dengan itu
  • ✓di peringkat sekolah → pada peringkat sekolah
  • ✓di antara guru → antara guru
  • ✓berserta dengan → berserta
  • ✓sila jemput masuk → sila/ jemput masuk
  • ✓akibat daripada sikap → akibat /daripada sikap
  • ✓salah satu daripada → satu daripada
  • ✓dengan pantas → dengan pantasnya
  • ✓di atas sumbangan → atas sumbangan
  • ✓terdiri dari murid → terdiri daripada murid
  • ✓di papan kenyataan → pada papan kenyataan
  • ✓penghawa dingin → pendingin hawa
03
Rujukan

Bentuk Baku 2

◎
  • ✓terjatuh daripada → terjatuh dari
  • ✓sebatang sate → secucuk sate
  • ✓alat tulis-alat tulis → alat-alat tulis
  • ✓para guru-guru → para guru
  • ✓antara guru-guru → antara guru
  • ✓pada zaman dulu → pada zaman dahulu
  • ✓senarai ahli-ahli → senarai ahli
  • ✓hingga ke petang → hingga petang
  • ✓ada dengan ibu → ada pada ibu
  • ✓sutera batik → batik sutera
  • ✓usah jangan risau → usah/jangan risau
  • ✓di dalam mesyuarat → dalam mesyuarat
  • ✓setiap orang murid → setiap murid
  • ✓terdedah pada → terdedah kepada
  • ✓ahli sejarawan → ahli sejarah/sejarawan
  • ✓antara Ali dan Abu → antara Ali dengan Abu
  • ✓Menteri Perdana → Perdana Menteri
  • ✓mengenai tentang isu → tentang isu
  • ✓daripada segi ekonomi → dari segi ekonomi
  • ✓telah mesti diberkas → mesti telah diberkas
04
Rujukan

Bentuk Baku 3

◎
  • ✓ialah tidak adil → adalah tidak adil
  • ✓goreng pisang → pisang goreng
  • ✓dedaun berguguran → daun berguguran
  • ✓guru-guru besar → guru besar-guru besar
  • ✓lain-lain perkara → perkara-perkara lain
  • ✓gunung kaki → kaki gunung
  • ✓gali cari → cari gali
  • ✓ianya adik saya → ia adik saya
  • ✓amat kusut-masai → kusut-masai
  • ✓demi untuk ibu → demi/untuk ibu
  • ✓sarapan pagi → sarapan
  • ✓berdoa dengan Tuhan → berdoa kepada Tuhan
  • ✓berpaut kepada → berpaut pada
  • ✓beberapa ayam → beberapa ekor ayam
  • ✓setengah murid → sesetengah murid
  • ✓siber kafe → kafe siber
  • ✓bersama dengan → bersama/dengan
  • ✓sependapat Ravi → sependapat dengan Ravi
  • ✓setinggi dengan tiang → setinggi tiang
  • ✓sedang masih tidur → masih sedang tidur
05
Rujukan

Bentuk Baku 4

◎
  • ✓tolong jangan berlari → harap jangan berlari
  • ✓pulang daripada kelas → pulang darikelas
  • ✓sim kad → kad sim
  • ✓pelbagai jenis sayuran → pelbagai jenis sayur
  • ✓balik kampung → balik ke kampung
  • ✓rindukan ibu → rindu akan ibu
  • ✓terpengaruh dalam → terpengaruh oleh
  • ✓dari Internet → daripada Internet
  • ✓foto gambar → gambar foto
  • ✓berharap yang → berharap bahawa
  • ✓beribu ekor ayam → beribu-ribu ekor ayam
  • ✓tiga setengah kilogram → tiga kilogram setengah
  • ✓saling maaf-memaafi → saling memaafi
  • ✓kalangan anak-anak → kalangan anak
  • ✓bas stesen → stesen bas
  • ✓kereta baru → kereta baharu
  • ✓di kalangan anak → dalam kalangan anak
  • ✓lain dari itu → lain daripada itu
  • ✓dua ekor labah → dua ekor labah-labah
  • ✓berdasar kepada → berdasar pada
06
Rujukan

Bentuk Baku 5

◎
  • ✓dari hari kepada hari → dari hari ke hari
  • ✓beberapa buah idea → beberapa idea
  • ✓kos perbelanjaan → kos / perbelanjaan
  • ✓di ambang kemerdekaan → pada ambang kemerdekaan
  • ✓tiap guru → tiap-tiap guru
  • ✓di tahap pertama → pada tahap pertama
  • ✓teramat cantik sekali → teramat cantik/cantik sekali
  • ✓pelbagai multimedia → multimedia
  • ✓dari bulat kepada bujur → daripada bulat kepada bujur
  • ✓tukang kayu Saleh → Saleh tukang kayu
  • ✓sarung kain → kain sarung
  • ✓dibaca oleh saya → saya baca
  • ✓tertinggi sekali → tertinggi/ tinggi sekali
  • ✓kedua orang ibu bapa → kedua-dua orang ibu bapa
  • ✓amat terang-benderang → terang-benderang
  • ✓berbincang perkara → berbincang tentang perkara
  • ✓kebanyakan murid-murid → kebanyakan murid
✓
Nota selesai dibaca

Teruskan ke topik seterusnya

Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.