SmartDidik
Contoh: RPH, Matematik Tahun 6, SPM, PAK21, Biasiswa, AI Pendidikan...
✦ Nota Bahasa Melayu · Kosa Kata

Sinonim

Perkataan yang mempunyai makna sama atau hampir sama.

▤ 3 bahagian ✓ 30 isi penting ◷ ± 3 minit
✦
Ringkasan Mudah

Apa yang akan dipelajari?

Perkataan yang mempunyai makna sama atau hampir sama.

01
Isi Penting

Strategi

✓
  • ✓Tentukan makna perkataan berdasarkan konteks ayat.
  • ✓Pilih perkataan seerti yang masih mengekalkan maksud ayat.
02
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 1

“
  • ✓Cikgu Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. Perkataan seerti bagi mendesak ialah memaksa.
  • ✓Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak projek itu. Perkataan seerti bagi memantau ialah memerhati.
  • ✓Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak iktibar daripada ceramah motivasi sebentar tadi. Perkataan seerti bagi iktibar ialah pengajaran.
  • ✓Lokman mengeluh akan nasibnya yang malang. Perkataan seerti bagi mengeluh ialah merintih.
  • ✓Baju Pak Hashim lencun kerana hujun lebat. Perkataan seerti bagi lencun ialah kuyup
  • ✓Rambutnya dipotong pendek supaya kelihatan lebih kemas. Perkataan seerti bagi dipotong ialah dilapah.
  • ✓Kelahiran cahaya mata Encik Ali dengan Puan Rahmah itu diharapkan dapat membawa rahmat kepada keluarganya. Perkataan seerti bagi rahmat ialah berkat.
  • ✓Pemuda itu berfikiran cetek kerana kurang membaca. Perkataan seerti bagi cetek ialah sempit.
  • ✓Hutang-hutang di kedai itu sudah dilangsaikannya semalam. Perkataan seerti bagi dilangsaikan ialah dilunaskan.
  • ✓Guru besar menghela nafas panjang apabila mengetahui murid-murid tahun enam sekolahnya lulus dengan cemerlang. Perkataan seerti bagi menghela ialah menarik.
  • ✓Kamal melempar batu ke dalam sungai itu. Perkataan bagi melempar ialah membaling.
  • ✓Mereka menadah tangan berdoa untuk memohon pertolongan Tuhan. Perkataan seerti bagi memohon ialah meminta.
  • ✓Majalah kepunyaan Azli telah disembunyikan oleh adiknya di dalam almari pakaian. Perkataan seerti bagi disembunyikan ialah disorokkan.
  • ✓Johan berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Perkataan seerti bagi berazam ialah bertekad.
  • ✓Puan Aminah membalut kotak hadiah itu dengan kemas. Perkataan seerti bagi membalut ialah membungkus.
  • ✓Rumah usang itu akan dirobohkan tidak lama lagi. Perkataan seerti bagi usang ialah lama.
  • ✓Ibu menyajikan kuih-muih kepada tetamu yang datang ke rumah. Perkataan seerti bagi menyajikan ialah menghidangkan.
  • ✓Tsunami telah memusnahkan banyak bangunan dan harta benda. Perkataan seerti bagi memusnahkan ialah membinasakan.
03
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 2

“
  • ✓Sara menghantar e-mel kepada sahabatnya yang berada di Kedah. Perkataan seerti bagi menghantar ialah mengirim.
  • ✓Pokok kelapa di tepi rumah datuk sudah condong. Perkataan seerti bagi condong ialah senget.
  • ✓Cuaca di Cameron Hinglands sungguh dingin. Perkataan seerti bagi dingin ialah sejuk.
  • ✓Puan Aini menggilap dulang tembaga itu hingga berkilat. Perkataan seerti bagi menggilap ialah menggosok.
  • ✓Nenek memakai cermin mata kerana pandangannyha sudah kabur. Perkataan seerti bagi kabur ialah kelam.
  • ✓Petani itu bermandikan keringat kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari. Perkataan seerti bagi gigih ialah tekun.
  • ✓Wakil rakyat selalu mengingatkan masyarakat di kawasannya supaya menjauhi persengketaan. Perkataan seerti bagi persengketaan ialah perbalahan.
  • ✓Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukun Tetangga. Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan ialah memelihara.
  • ✓Dia telah mengemukakan usul dalam mesyuarat itu. Perkataan seerti bagi usul ialah cadangan.
  • ✓Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku pun. Perkataan seerti bagi unik ialah istimewa.
✓
Nota selesai dibaca

Teruskan ke topik seterusnya

Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.